Lindungi Kereta Anda dengan GoInsuran.com: Renew, Review dan Menang! 

image 1

Korang dah renew insurans kereta? Kalau belum, inilah masanya! Bayangkan boleh renew insurans kereta dengan mudah dan berpeluang menang hadiah menarik – best, kan?  

Jom sertai kempen GoInsuran Dimana-Mana: Renew, Review & Menang! Korang boleh nikmati perlindungan komprehensif bila renew insurans kereta dengan GoInsuran, dan juga berpeluang menang e-baucar RM20 setiap hari! 🎉🛍️  Jadi, tunggu apa lagi? Renew, review, dan siapa tahu – korang mungkin pemenang seterusnya! 

image 2

Lagi best, setiap hari ada pemenang baru! Jangan lepaskan peluang untuk menang. Jom, tengok cara mudah untuk sertai: 

  1. Renew Insurans Kereta Anda: Mudah je, layari  GoInsuran.com dan renew insurans kereta korang, sepantas 3 minit je.. Jangan lupa, guna kod promo GOINSURAN untuk nikmati penjimatan sehingga RM100* OFF
  1. Tinggalkan Review: Kongsikan pengalaman anda dengan GoInsuran.com di Facebook atau Google kami.  Maklum balas anda sangat penting bagi kami! 
  1. Isi Borang Penyertaan: Lengkapkan borang  di sini untuk sahkan penyertaan anda. Mudah dan cepat! 

*Tertakluk kepada premium dan jumlah diinsuranskan insurans kereta anda. 

Sebelum korang renew insurans kereta, luangkan sikit masa untuk fahami perkara penting tentang perlindungan yang kita semua patut tahu! 

nsurans kereta selalunya melindungi kerosakan pada kenderaan (sama ada disebabkan oleh diri sendiri atau pihak ketiga) dan kecurian kereta. Tapi, kalau korang nak lebih perlindungan, boleh pilih untuk tambah perlindungan tambahan bagi memastikan kereta dilindungi sepenuhnya.

Why do I Need Additional Optional Coverages for Car Insurance? 

Nak tahu lebih? Jom tengok perlindungan tambahan yang GoInsuran tawarkan:  

  1. Perlindungan Cermin Kereta 

Pernah tak korang tengah drive, tiba-tiba ada batu terpelanting dan retakkan cermin depan kereta? Mesti stress, kan? Tapi jangan risau, dengan perlindungan ini,  kos baik pulih akan ditanggung tanpa jejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) kenderaan sekiranya korang perlu buat sebarang tuntutan penggantian.  

  1. Perlindungan Khas

Cuaca di Malaysia memang  tak menentu, kan? Sebab itu perlindungan tambahan ini sangat disyorkan!  Lindungi kereta korang dari kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, angin ribut, taufan, gempa bumi, dan tanah runtuh. Dengan perlindungan khas ni, Kereta akan dilindungi dengan jumlah yang diinsuranskan dalam polisi insurans motor komprehensif, jadi korang tak perlu risau tentang kos pembaikan yang tinggi. 

  1. Liabiliti Sah terhadap Penumpang (LLP)

Perlindungan ni penting untuk pemandu jika ada tindakan undang-undang terhadap penumpang akibat kecederaan disebabkan kecuaian pemandu. Oh, dan kalau korang nak drive ke Singapura, perlindungan ni wajib ada dalam polisi insurans! 

  1. Liabiliti Sah terhadap Pihak Ketiga (LLOP)

Kalau korang selalu bawa penumpang, perlindungan ini wajib ada! Sekiranya ada penumpang yang secara tidak sengaja menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda kepada orang lain, perlindungan ni akan bantu melindungi. Ia meliputi tuntutan kecederaan badan dan kerosakan harta benda sehingga RM3* juta (*tertakluk kepada terma dan syarat). Tapi ingat, perlindungan ni tak termasuk untuk kenderaan komersial.  

  1. Pemandu Tambahan yang Dinamakan

Kalau kereta korang selalu digunakan oleh pasangan, kawan, atau sesiapa je yang dipercayai, pemandu tambahan ni memang sesuai untuk korang! Dengan perlindungan ini, pemandu bernama akan dapat perlindungan yang sama macam pemandu utama. Jadi, bila nak pinjamkan kereta, takde masalah – semuanya dilindungi!  

  1. Mogok Rusuhan & Kekecohan Awam

Memang jarang berlaku di Malaysia, tapi malang tak berbau. Jadi, lebih baik kita bersedia, kan? Perlindungan ini memastikan kereta korang dilindungi dari kerosakan kenderaan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan awam.  

  1. Insurans Kemalangan Diri

Kemalangan boleh berlaku tanpa diduga. Dengan perlindungan tambahan Insurans Kemalangan Peribadi, korang boleh rasa lebih tenang. Perlindungan ini akan bantu bayar kos perubatan akibat kemalangan, menanggung kos rawatan alternatif di hospital, dan kalau berlaku kematian akibat kemalangan, korang akan terima bayaran sekali gus. Jadi, tak perlu risau lagi, sebab anda dan orang tersayang dilindungi. 

Dengan  perlindungan tambahan ini, bukan saja kereta, korang juga dilindungi dan boleh jimat dalam jangka panjang dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tak dijangka!. Setiap kali  renew dan review, korang berpeluang  untuk menang e-baucar RM20 ! Nak guna e-baucar untuk makan, upgrade aksesori kereta, atau simpan untuk hari penting? Semua ditangan korang. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom renew  sekarang dan sertai kempen Renew, Review & Menang hari ini. Kereta korang layak dapat perlindungan terbaik, dan ganjaran hebat menanti! Selamat memandu dan semoga berjaya!