SOALAN LAZIM (FAQ)
Senang je! Anda boleh mulakan proses pembaharuan dengan memasukkan nombor kereta, nombor IC dan poskod untuk teruskan. Kami akan memberi anda sebut harga untuk perbandingan. Anda boleh pilih rakan insurans yang anda ingin dan teruskan dengan pembayaran.
Itu sahaja! Setelah pembayaran telahpun berjaya, kami akan menghantarkan e-polisi anda melalui emel yang diberi.
Kami mengesyorkan anda untuk berdaftar sebagai ahli GoInsuran supaya anda boleh melihat transaksi anda yang lalu dan sebut harga anda."
Ya, servis kami adalah dalam talian (online) dan tersedia 24/7.
GoInsuran boleh digunakan untuk semua orang yang mempunyai kenderaan yang didaftar dengan JPJ di Malaysia.
Pembaharuan dengan GoInsuran adalah mudah, jimat masa dan duit, dan boleh diakses bila-bila masa anda ingin. Anda juga boleh membanding sebut harga dengan senang dan memperbaharui secepat 3 minit sahaja.
Kami menawar pakej liputan insurans kereta yang komprehensif dengan harga premium yang berpatutan dengan tambahan yang menarik dan bermanfaat kepada anda. Sila rujuk di sini untuk senarai manfaat.
Kamu akan mendapat sebut harga daripada sehingga 13 rakan insurans di bawah dalam beberapa minit je.
Ya, ia selamat dan terkawal. Pembaharuan cukai jalanan melalui GoInsuran adalah sah dan diluluskan oleh JPJ dan Kerajaan Malaysia.
Ya! Anda boleh. Anda hanya perlukan maklumat peribadi dan kenderaan mereka.
Caj yang akan terlibat adalah pembayaran cukai jalanan dan servis caj oleh MyEG. GoInsuran akan menghantar cukai jalanan anda secara percuma!
Ya, servis ini boleh digunakan untuk kenderaan di Semenanjung dan Timur Malaysia.
Kami akan menghantar cukai jalanan ke alamat yang diberi dalam masa 3 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia.
Sila hubungi kami di nombor 1800-88-8185 untuk menyemak status penghantaran cukai jalan anda.
Kami menerima pembayaran secara Perbankan dalam talian (Online banking) FPX, Kad kredit atau Kad debit.
Servis pembayaran dalam talian (online) kami adalah disediakan dan dikendalikan oleh iPay88.
Transaksi anda akan ditolak.
Ya, servis pembayaran kami (iPay88) mempunyai had RM6,000 untuk setiap transaksi. Walau bagaimanapun, had Kad Kredit atau Kad Debit anda adalah tertakluk kepada had atau baki kad anda.
Setelah pembayaran berjaya dibuat, anda akan menerima notifikasi atas maklumat transaksi anda dan invois akan dihantar ke alamat emel yang diberikan.
Sila hubungi pihak bank anda untuk bertanya tentang status transaksi melalui Kad Kredit. Untuk transaksi Kad Debit, anda boleh menyemak melalui portal perbankan dalam talian (online/Internet) anda.
Ya, akaun Kad Debit anda akan didebitkan dengan serta-merta dan akaun simpanan/semasa anda akan menunjukkan transaksi tersebut. Untuk Kad Kredit, baki had kredit anda akan dikurangkan dengan serta merta.
Anda akan menerima notifikasi melalui emel jika transaksi berjaya diproses. Jika anda tidak mendapati sebarang emel, sila hubungi kami di connect@goinsuran.com atau 1800-88-8185 untuk pertolongan segera.
Anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.
Anda akan menerima emel yang mengandungi e-polisi dan invois anda. e-Polisi dan invois akan dihantar dalam dua emel yang berlainan. Jika anda tidak menerima sebarang emel, sila log masuk akaun anda dan semak semula transaksi anda atau hubungi kami di nombor 1800-88-8185 untuk sebarang bantuan.
Anda boleh emel kami di connect@goinsuran.com atau berbual dengan ejen kami dengan tekan butang WhatsApp di bawah sudut kanan halaman laman web ini.
Jangan risau! GoInsuran akan menghantar anda notis peringatan sebelum insurans anda tamat.
Anda boleh memperbaharuinya sebulan atau dua bulan sebelum insurans motor anda tamat tempoh.
Anda boleh menghubungi GoInsuran melalui "Hubungi Kami", kami akan respon kepada anda secepat mungkin! Anda juga boleh emel kami di connect@goinsuran.com atau hubungi kami di nombor l 1800-88-8185 f untuk bantuan segera.
Ketika proses pembaharuan, servis dalam talian (online) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyemak jika anda mempunya saman trafik yang belum dibayar dan rekod di sistem data JPJ dan PDRM akan disenaraikan hitam.
Sila jelaskan sebarang pembayaran untuk saman trafik anda untuk mengelakkan sebarang halangan untuk memperbaharui cukai jalan anda. Jika kenderaan diletak dalam senarai hitam sistem data JPJ dan PDRM, kami tidak dapat memperbaharui cukai jalan anda.
Dalam situasi sebegini, sila hubungi Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance - RSA) 24/7 di 1800-88-3838 untuk bantuan kecemasan.
Bayaran balik adalah tertakluk kepada terma dan syarat GoInsuran dan rakan insurans yang dipilih. Bayaran balik ini akan dilakukan oleh wakil rakan insurans jika dianggap sesuai. Tiada bayaran balik akan diberikan jika sebarang tuntutan telahpun dibuat dalam tempoh insurans tersebut.
Pembatalan insurans polisi adalah tertakluk kepada terma dan syarat rakan insurans tersebut. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 1800 88 8185 atau boleh email kami di connect@goinsuran.com
Bayaran balik akan ditebus ke dalam bank akaun orang yang diinsuranskan.
Detariffikasi bermaksud struktur tarif (harga tetap) telahpun ditukarkan. Ini akan membolehkan syarikat insurans caj premium dengan harga yang berbeza mengikut risiko pengguna berdasarkan model dan strategi risiko perniagaan tertentu. Pengurangan premium motor menawarkan produk motor yang lebih inovatif dan harga yang kompetitif.
Sebelum 1 Julai 2017 - Premium untuk produk motor dikenakan kadar tarif yang sama berdasarkan kapasiti dan lokasi enjin. Fleksibiliti harga berdasarkan tingkah laku risiko pemegang polisi.
Selepas 1 Julai 2017 - Semua produk telah ditentukan dan tertakluk kepada kadar tarif, Syarikat insurans mempunyai fleksibiliti untuk menawarkan produk dan ciri baharu berdasarkan risiko pemegang polisi.
Dengan detariffikasi, setiap syarikat insurans mempunyai modal harga yang berlainan, berdasarkan ciri-ciri pemandu dan kenderaan. Sebagai contoh, jantina, umur pemandu, penggunaan kereta, sejarah tuntutan, pekerjaan, pembuatan dan modal kereta, dan faktor-faktor yang berkaitan.
Sekilas pandang: Kadar premium yang berlainan berdasarkan profil pemandu, risiko model dan strategi perniagaan. Rangkaian harga produk insurans motor berdasarkan risiko yang lebih luas untuk memenuhi keperluan anda. Manfaat syarikat insurans akan berterusan meningkat merangkumi sejarah pelanggan, tahap servis, keberkesanan operasi dan strategi pemasaran.