main

Tentang Kami

GoInsuran

Disember 2020, GoInsuran telah dilancarkan untuk menambah baik cara pengguna jalan raya memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan. GoInsuran.com adalah platform digital dilengkapi dengan teknologi untuk memberikan pengalaman yang lancar kepada pelanggan kami – daripada mendapat sebut harga percuma sehingga pembayaran atas talian yang sangat mudah. 

Platform kami memudahkan anda buat perbandingan harga insurans kereta sekaligus daripada syarikat-syarikat insurans terkemuka Malaysia dengan pantas dan percuma. Harga terbaik dan pastikan anda ada banyak pilihan! Kami mempunyai perlindungan komprehensif yang menyediakan pakej insurans & manfaat bernilai yang menarik kepada pemilik kenderaan. GoInsuran sentiasa berusaha untuk memberikan servis, manfaat dan keselamatan terbaik kepada pelanggan kami.

Pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan kini hanya dengan beberapa klik sahaja.

vision

Visi

GoInsuran menawarkan insurans am melalui syarikat panel insurans yang kami ada. Kami dikuasakan oleh teknologi dan kami berusaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.

mission

Misi

Cita-cita kami untuk mencapai Visi adalah melalui teknologi seperti bot, teknologi AI dan pembelajaran mesin. Kami berhasrat untuk mendigitalkan prosedur kami sehingga penyelarasan tanpa kertas dan memastikan operasi berjalan atas talian dan serta-merta.