DTOX + GoInsuran

Kerjasama ini memberi nilai tambah kepada pelanggan DTOX dengan menggabungkan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan yang dipercayai bersama platform pembaharuan insurans digital GoInsuran yang cepat dan mudah. Melalui platform dan saluran pemasaran DTOX, pelanggan boleh mendapatkan sebut harga insurans serta-merta dan menikmati tawaran eksklusif daripada rakan kerjasama.

Kenapa pilih GoInsuran?

  • Bandingkan harga insurans dengan cepat dalam satu paparan
  • Dapatkan sebut harga secara langsung daripada insurans utama di Malaysia
  • Perbaharui insurans kereta secepat 3 minit
  • Nikmati proses pembaharuan yang selamat dan dipercayai, disokong oleh Tan Chong Group.
  • Bantuan tepi jalan 24/7 dengan tunda tanpa had*
  • Nikmati tiada caj betterment serta penggantian alat ganti tulen dan jaminan kerja cat.
  • Elaun Banjir*
  • Pampasan berdasarkan 100% nilai dipersetujui

*Hanya sah untuk kenderaan di bawah jenama Tan Chong (Nissan, Renault, JMC, GAC dan TQ Wuling).

 

Khas untuk pengguna DTOX

Pembaharuan Segera + Diskaun

Sebagai tawaran eksklusif, pelanggan DIGI kini boleh menikmati diskaun tambahan dengan menggunakan kod promosi GODTOXCAR semasa memperbaharui insurans kereta. 

Cara Memperbaharui Insurans Kereta dan Cukai Jalan Secara Dalam Talian
Langkah 1: Layari http://goinsuran.com/renew
Langkah 2: Masukkan maklumat anda: No. IC, Nama, No. Pendaftaran Kenderaan, E-mel, No. Telefon Bimbit, Poskod
Langkah 3: Pilih syarikat insurans pilihan anda, manfaat & perkhidmatan tambahan (add-on), serta pembaharuan Cukai Jalan
Langkah 4: Masukkan Kod Promosi GODTOXCAR semasa pembayaran untuk menikmati penjimatan serta-merta.

Perbaharui sekarang: www.goinsuran.com/renew

DTOX Car Service ialah pusat servis kereta sehenti yang menawarkan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan berkualiti pada harga yang berpatutan. Dengan juruteknik terlatih, servis yang cekap serta lima cawangan di Lembah Klang dan Cyberjaya, DTOX memudahkan pemandu di Malaysia mendapatkan servis kenderaan yang boleh dipercayai.