Jimat Lebih Banyak dengan SPayLater: Pelan Ansuran Insurans Kereta yang Fleksibel di Malaysia

Pembaharuan Insurans & Road tax Kini Lebih Mudah Dengan GoInsuran. 
Bayar Dengan Cara Pilihan Anda – Cepat, Fleksibel & Dipercayai
. 

SPayLater car insurance instalment plan
Save MORE on Car Insurance with SPayLater: Flexible Instalment Plans in Malaysia

Jimat Lebih Banyak dengan SPayLater: Pelan Ansuran Insurans Kereta yang Fleksibel di Malaysia

Setiap tahun, cerita sama.

Insurans kereta tamat tempoh, cukai jalan perlu diperbaharui, mungkin servis kereta pun tiba masanya. Akhirnya, anda perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar dalam satu masa.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kos pembaharuan insurans kereta boleh menjadi beban, lebih-lebih lagi apabila perlu menguruskan komitmen bulanan dan perbelanjaan harian. Dengan pelan ansuran insurans kereta, anda tidak lagi perlu membayar keseluruhan premium sekali gus.

Berita baiknya? Kini anda boleh memperbaharui insurans kereta secara online melalui GoInsuran dan membayar secara ansuran menggunakan SPayLater. Lebih menarik, pengguna yang layak boleh menikmati rebat 10% sehingga RM100.

Bagaimana Pelan Ansuran Insurans Kereta Berfungsi?   

Mudah sahaja. 

Daripada membayar keseluruhan premium sekali gus, anda hanya perlu memilih SPayLater semasa membuat pembayaran. Premium anda akan dibahagikan kepada bayaran bulanan mengikut pelan ansuran yang tersedia. 

Antara kelebihannya: 

  • Tidak membebankan aliran tunai bulanan  
  • Tidak perlu menyediakan jumlah yang besar sekaligus  
  • Perlindungan insurans bermula seperti biasa selepas pembayaran.  

Mudah je renew dengan GoInsuran

 Cara Perbaharui Insurans Kereta & Cukai Jalan Secara Online — dan Bayar dengan SPayLater  

Langkah 1: Layari www.goinsuran.com/renew-Shopee 
Langkah 2: Masukkan maklumat anda: No. IC, Nama, No. Pendaftaran Kenderaan, Emel, No. Telefon Bimbit dan Poskod. 
Langkah 3: Pilih syarikat insurans pilihan anda, tambah Benefits & Services (Add-ons)  serta pembaharuan cukai jalan.
Langkah 4: Check-out → Pilih eWallet > SPay/SPayLater → Imbas kod QR dan siap! 

image 3

Selesai! Perlindungan insurans anda akan diaktifkan seperti biasa, cuma dengan kaedah pembayaran yang lebih fleksibel. 

Dengan SPayLater di GoInsuran, anda boleh dapat:  

  • Pelan ansuran sehingga 24 bulan  
  • 0% faedah untuk pelan bayaran 1 bulan  
  • Proses pembaharuan yang cepat dan mudah secara online

Lebih mudah menguruskan kewangan, terutama apabila banyak komitmen perlu dibayar dalam bulan yang sama. 

Mengapa Ramai Memilih Bayar Secara Ansuran? 

Kini ramai pengguna memilih pembayaran ansuran untuk telefon pintar, percutian dan barangan elektronik. Jadi, mengapa tidak insurans kereta? 

  • Lebih Mudah Urus Kewangan- Daripada membayar RM1,500 atau lebih sekali gus, anda boleh membahagikan pembayaran kepada ansuran bulanan yang lebih ringan. 
  • Kurangkan Beban Semasa Musim Pembaharuan – Kadangkala pembaharuan insurans berlaku serentak dengan servis kereta, penukaran tayar, bateri atau cukai jalan. Pelan ansuran membantu mengurangkan tekanan kewangan. 
  • Kekal Dilindungi Tepat Pada Masanya – Ada pemandu yang menangguhkan pembaharuan kerana kosnya tinggi. Dengan bayaran ansuran, anda boleh memperbaharui insurans tanpa perlu menunggu. 
  • Mudah & Pantas – Semuanya boleh dilakukan secara online melalui GoInsuran tanpa perlu beratur atau mengisi borang yang rumit. 

Nikmati Promosi SPayLater di GoInsuran 

Lebih banyak penjimatan menanti anda. 

Perbaharui insurans kereta menggunakan SPayLater di GoInsuran dan nikmati: 

  • Rebat 10% sehingga RM100  
  • Pelan ansuran sehingga 24 bulan  
  • 0% faedah untuk pelan bayaran 1 bulan 

Jadi, bukan sahaja pembayaran lebih fleksibel, malah anda juga dapat berjimat. 

Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ) SPayLater. 

Perbaharui Insurans Kereta dengan Cara Lebih Bijak

Pembaharuan insurans kereta tidak semestinya membebankan kewangan anda. Jika anda mahukan pembayaran yan lebih fleksibel, aliran tunai yang lebih baik dan proses pembaharuan yang mudah, GoInsuran bersama SPayLater ialah pilihan yang tepat. 

Dengan GoInsuran, anda boleh:  

  • Bandingkan sebut harga (live quotes) daripada syarikat insurans terkemuka di Malaysia 
  • Perbaharui insurans kereta dan cukai jalan secara online, semua di hujung jari. 
  • Proses pembaharuan yang pantas 
  • Platform selamat yang disokong oleh Kumpulan Tan Chong 
  • Perlindungan komprehensif ikut keperluan anda 
  • Bantuan Tepi Jalan 24/7 termasuk towing 
  • Tiada caj betterment dan 100% agreed value 

👉🏻 Perbaharui sekarangwww.goinsuran.com/renew-Shopee  

Suka platfom GoInsuran? Tinggalkan review di Google: 

image 4