Lindungi Peranti Anda dengan GoDeviceProtect by Swap Protect! 

Article GoInsuran Thumbnail 1

Semua tahu, telefon pintar ini dah jadi sebahagian besar hidup kita. Dari ambil gambar makanan viral sampailah bersembang dengan keluarga dan kawan-kawan di WhatsApp, telefon memang jadi ‘teman setia’ kita setiap masa. Tapi… pernah terfikir tak? Nak repair telefon mahal, dan malang tak berbau. Tersilap langkah sikit je, terjatuh atau terhempas, terus retak seribu atau lebih teruk, tak boleh pakai langsung. 

Inilah sebabnya ade GoDeviceProtect oleh Swap Protect.. Ibarat  perisai tambahan untuk peranti anda – jauh lebih menyeluruh daripada waranti pengilang biasa. Bila ada perlindungan ni, anda boleh guna telefon dengan lebih tenang… tanpa risau kalau perkara yang tak dijangka berlaku.

Kita semua pernah lalui situasi macam ni, bayangkan tengah jawab panggilan telefon, tiba-tiba gedebuk! Telefon terjatuh ke lantai. atau, korang tengah santai kat pantai, tiba-tiba telefon jatuh dalam air . . Panik, kan? 

Situasi macam ni memang buat kita rasa stress, betul tak? Lagi-lagi bila telefon rosak sekelip mata. Nak hantar repair? Bukan murah. Silap hari bulan terus kena beli baru. 

“Takpe, ada waranti,” mungkin itu yang kita fikir. Tapi realitinya, waranti pengilang selalunya beri perlindungan sangat terhad.. Contohnya, skrin retak, kerosakan akibat  air, atau kes kecurian depan mata – semua ini biasanya tak dilindungi.  

GoDeviceProtect by Swap Protect jadi penyelamat anda dengan perlindungan tambahan yang membantu lindungi peranti daripada kejadian tak dijangka supaya korang tak perlu panik atau keluarkan belanja besar bila insiden berlaku.

Dengan GoDeviceProtect by Swap Protect, peranti anda dilindungi daripada situasi seperti: 

  • Kecurian semasa menggunakan Telefon: Kalau telefon  diragut semasa digunakan, perlindungan ini membolehkan telefon korang digantikan dengan yang baharu.  
  • Kerosakan tak sengaja & akibat cecair: Telefon terjatuh atau terkena  air? jangan risau!  GoDeviceProtect by Swap Protect akan melindungi telefon anda. 
  • Skrin Retak: Skrin depan atau belakang LED retak akibat terjatuh? Jangan risau, GoDeviceProtect by Swap Protect akan lindungi telefon dan pastikan korang dapat gantian yang sepatutnya.   
  • Waranti Tambahan: Perlindungan tambahan walaupun waranti asal telefon korang sudah tamat, — jadi tak perlu risau jika berlaku sebarang kerosakan selepas itu. 

Tenang, Mudah, dan Fleksibel: Itulah GoDeviceProtect by Swap Protect untuk anda! 

Selain menawarkan perlindungan menyeluruh, GoDeviceProtect by Swap Protect direka untuk memudahkan urusan anda. 

  • Pendaftaran Mudah: Nak daftar? Senang je! Proses  cepat dan mesra pengguna – tiada birokrasi berlebihan. 
  • Penjimatan Kos: Baiki atau beli  telefon baharu memang makan belanja yang besar. Dengan GoDeviceProtect by Swap Protect, korang boleh  kurangkan beban kewangan bila perkara tak dijangka berlaku. 
  • Servis Berkualiti: Semua pembaikan dilakukan di pusat servis sah dengan  alat ganti berkualiti tinggi. 
  • Jangka Hayat Peranti Tahan Lebih Lama: Kerosakan kecil seperti skrin retak atau terjatuh boleh dibaiki dengan segera untuk pastikan peranti anda tahan lebih lama. 
  • Fleksibiliti: Pilih pelan langganan  mingguan, bulanan, atau tahunan, mengikut keperluan dan bajet anda.

Jom tengok pelan- perlindungan  GoDeviceProtect by Swap Protect— dari perlindungan asas   hingga ke tahap pro. Nak lindungi skrin retak je? Boleh. Nak perlindungan menyeluruh  pun ada. Tak pasti nak pilih pelan yang mana? Tengok jadual ini untuk perbandingan mudah. Pilih pelan Protect Basic, Plus, atau Pro yang paling sesuai untuk perlindungan peranti anda: 

Perlindungan yang ditawarkan  Protect Basic  Protect Plus Protect Pro 
Kecurian Depan Mata  ❌ ❌  ✅  
Kerosakan Tak Sengaja & Akibat Cecair  ❌  ✅  ✅  
Skrin Retak   ✅ ✅  ✅  
Waranti Tambahan    ✅ ✅  ✅  
Langganan Fleksibel   ✅ ✅ ✅  

Senang je! Kunjungi  laman  GoDeviceProtect by Swap Protect dan permohonan hanya  dalam  beberapa minit je.  Sekurang-kurangnya, telefon korang dapat perlindungan  yang dia perlukan yang sepatutnya.

Tertakluk pada terma & syarat. Produk ini ditaja jamin oleh The Pacific Insurance Berhad.